Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan yang mengandungi senarai syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Menurut kenyataan media BNM, senarai tersebut tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM.
Antara syarikat yang telah ditambahkan ke dalam senarai termasuklah DDNK Menang Saham (entiti klon berpotensi), Mida Pelaburan Malaysia dan Headway.
Senarai tersebut akan dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai.
Bagi mendapatkan senarai yang telah dikemas kini, sila layari pautan bnm.gov.my/fca.