Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBerlin – Syarikat Siemens Mobility Sdn. Bhd. dan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. (DMIA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha mendigitalkan sistem kereta api di Malaysia dan meningkatkan perkhidmatan rel negara.
Menurut kenyataan media bersama, MoU ini bertujuan untuk mempertingkatkan industri rel Malaysia melalui penerapan teknologi digitalisasi terkini.
Inisiatif ini juga mampu merevolusikan sistem kereta api Malaysia dengan meningkatkan kapasiti, mengurangkan kelewatan meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kos operasi.
MoU antara kedua pihak merupakan langkah penting ke arah mewujudkan rangkaian rel yang lebih efisien dan moden di Malaysia, selaras dengan visi negara untuk meningkatkan infrastruktur pengangkutan awam demi manfaat orang awam.
Majlis berlangsung bersempena International Trade Fair for Transport Technology (InnoTrans) 2024 selaku pameran perdagangan antarabangsa terkemuka teknologi pengangkutan dan kereta api.
Dalam pemeteraian MoU ini, Siemens Mobility diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asia Pasifik, Michel Obadia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia; Ben Chong manakala Dhaya Maju Infrasturucture (Asia) pula diwakili oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan, YBhg. Datuk Seri Dr. Subramaniam Pillai dan Pengerusi, Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohamed Azumi Mohamed.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan mencemar duli menyaksikan pemeteraian MoU ini.
Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Duta Besar Malaysia ke Jerman, YBhg. Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin dan Presiden Malaysian Rail (MARIC), Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman.