Diterbitkan pada 25 September 2024, 14:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa operasi Kaunter Perkhidmatan Percukaian di Menara HASiL Johor Bahru dibuka pada skala yang terhad berikutan kerja-kerja naik taraf Aras G Menara HASiL, Johor Bahru telah dilanjutkan hingga 30 November 2024.

Sebagai alternatif, pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Janji Temu menerusi  portal  HASiL  atau  menggunakan  e-Perkhidmatan  yang  boleh  diakses menerusi gerbang portal MyTax melalui https://mytax.hasil.gov.my.

Selain itu, pembayar cukai  juga  dinasihatkan  untuk  berkunjung  ke  pejabat  HASiL  berdekatan seperti UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Pusat Hubungan Hasil (HCC) melalui talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (Luar Negara);
  2. Sembang Langsung HASiL; atau
  3. Borang maklum balas dalam portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi