Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa garis panduan baharu bagi kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri di bawah SubSeksyen 44(6) ACP 1967 bagi Institusi atau Organisasi atau Tabung (IOT) telah dikeluarkan pada 20 Ogos 2024.
Mulai Tahun Taksiran (TT) 2024, garis panduan ini akan menggantikan dua garis panduan yang terdahulu:
Susulan itu, mana-mana IOT selain sekolah dan rumah ibadat atau yang mempunyai objektif pendidikan termasuk Program Pendidikan Sukan yang ingin memohon kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) atau yang telah diberikan kelulusan KPHDN di bawah subseksyen 44(6) ACP hendaklah menggunakan garis panduan ini sebagai sumber rujukan.
Maklumat berkaitan dengan garis panduan ini boleh dimuat turun menerusi capaian https://www.hasil.gov.my/media/fnkbbudt/20240820_gp-bagi-kelulusan-kphdn-di-bawah-subseksyen-44-6-akta-cukai-pendapatan-1967-bagi-institusiorganisasitabu.pdf
Dalam pada itu, HASiL juga ingin mengingatkan bahawa dengan pindaan subsubperenggan 13(1)(a) Jadual 6 ACP yang berkuat kuasa mulai TT 2024, pengecualian cukai pendapatan tidak layak dinikmati oleh mana-mana IOT yang diberikan kelulusan KPHDN di bawah subseksyen 44(6) ACP dalam mana-mana TT yang IOT tersebut gagal mematuhi mana-mana syarat, larangan dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan. Kegagalan ini juga membolehkan KPHDN menarik balik kelulusan pada bila-bila masa.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: