30 Ogos 2024, 15:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sindiket penipuan yang menggunakan kaedah teknologi terkini bagi memperdaya mangsa.

Sindiket ini menggunakan pelbagai modus operandi seperti penghantaran e-mel, pautan yang mencurigakan dan panggilan telefon berhubung isu percukaian dan bantuan khas kerajaan.

Orang ramai disarankan agar tidak mengisi atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang, pautan atau melalui panggilan telefon yang meragukan agar data peribadi tersebut tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beberapa siri hebahan peringatan kepada orang ramai juga telah dikeluarkan oleh HASiL menerusi kenyataan media, video kesedaran cukai dan info grafik berkaitan sindiket penipuan dari semasa ke semasa.

Orang ramai dinasihatkan agar membuat sebarang semakan maklumat berkaitan percukaian menerusi saluran yang sahih seperti yang berikut:

  • Portal rasmi HASiL melalui pautan www.hasil.gov.my;
  • Portal MyTax melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my;
  • Pusat Hubungan HASiL (HCC) melalui talian 03- 8911 1000; dan
  • Berkunjung ke pejabat HASiL berhampiran.

HASiL turut mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti penipuan atau membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tindakan pantas dapat diambil bagi membanteras perkara ini.

HASiL merupakan organisasi yang terikat dengan peruntukan kerahsiaan maklumat percukaian di bawah Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dengan setiap maklumat peribadi pembayar cukai tidak akan dihebahkan kepada pihak ketiga dengan sewenang-wenangnya.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.