Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa dua ketua pegawai dilantik bagi mengisi portfolio baharu di organisasi tersebut.
YBhg. Datuk Hisham Rusli yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) dilantik sebagai Ketua Pegawai Integriti akan bertanggungjawab untuk memastikan kecekapan pengurusan aduan integriti pegawai HASiL berada pada tahap yang cemerlang selari dengan penguatkuasaan Dasar Pemberian Maklumat HASiL.
Jawatan Ketua Pegawai Risiko diisi oleh YBrs. Encik Khairul Halimin Abdul Halim yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HASiL). Beliau akan memainkan peranan penting dalam menyusun strategi, memimpin dan melaksanakan rangka kerja pengurusan risiko organisasi secara progresif dan efektif dalam memastikan objektif strategik HASiL tercapai.
Majlis penyampaian watikah pelantikan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL semasa Persidangan Pengarah-Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Menurut YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, pelantikan kedua-dua portfolio penting ini telah mengambil kira pengalaman luas dan kemahiran yang dimiliki oleh kedua-dua pegawai serta selaras dengan usaha HASiL untuk mengukuhkan kepimpinan profesional sebagai pentadbir cukai yang terunggul dengan pencapaian dan tadbir urus yang cekap dan terbaik.
Pelantikan dua portfolio baharu ini akan meningkatkan tahap integriti dalam kalangan pegawai HASiL dan mengukuhkan keyakinan pemegang taruh terhadap kredibiliti HASiL dalam memperkasakan undang-undang percukaian negara.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: