Diterbitkan pada 21 Ogos 2024, 14:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bank Negara Malaysia (BNM), Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) dan institusi kewangan telah melancarkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP), sebuah platform teknologi bersepadu bagi memperkukuh keupayaan operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), semalam.

Menurut BNM dalam satu kenyataan media, NFP dapat mempertingkatkan tahap kecekapan masa dan keberkesanan dalam mengesan dana yang dicuri daripada mangsa penipuan.

NFP turut membolehkan penilaian akaun keldai berasaskan data kerana platform ini disokong oleh data akaun keldai yang berwibawa yang seterusnya dapat memudahkan proses pengenalpastian, penilaian dan pemantauan akaun keldai dengan lebih baik.

Selain itu, institusi kewangan dapat menjejak dana yang dicuri merentasi sistem kewangan secara menyeluruh dengan pantas melalui pengesanan automatik selain proses ini dapat menghalang pemindahan selanjutnya dan meningkatkan kebarangkalian dana dapat dikembalikan.

Platform ini juga membolehkan perkongsian maklumat dan kerjasama industri yang lebih berkesan kerana institusi kewangan dapat berkongsi maklumat dan risikan mengenai kejadian penipuan dengan lebih berkesan.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi