Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pendaftaran penyertaan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2024 (Belanjawan 2025) kini telah dibuka mulai 12 Ogos 2024 kepada orang ramai.
Pendaftaran ini dibuka susulan Pembentangan Belanjawan 2025 pada bulan Oktober 2024 menerusi portal SPK melalui https://seminar.hasil.gov.my.
Seminar yang akan dilaksanakan sebanyak dua siri ini akan berlangsung dengan ketetapan kadar bayaran seperti yang berikut:
HASiL turut menawarkan kadar yuran istimewa kepada peserta yang mendaftar dan membuat pembayaran awal, iaitu sebelum atau pada 16 September 2024 manakala kadar yuran bagi pendaftaran dan pembayaran yang dibuat mulai 17 September 2024 adalah tertakluk pada kadar yuran biasa bagi setiap penyertaan.
Bagi memudahkan urusan pendaftaran seminar, HASiL menyediakan dua kaedah pembayaran yuran, iaitu melalui kaedah Financial Process Exchange (FPX) dan bayaran secara kad debit atau kredit.
SPK merupakan acara tahunan anjuran HASiL yang memfokuskan perbincangan isu percukaian terkini serta memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan dengan sebarang pindaan dalam semua akta yang ditadbir oleh HASiL lanjutan pembentangan Belanjawan 2025 oleh Menteri Kewangan.
Barisan penceramah berpengalaman dalam kalangan pegawai kanan HASiL dan ahli panel profesional telah dipilih bagi mengupas lanjut tiga topik, iaitu cadangan Belanjawan 2025; pelaksanaan e-Invois: Amalan Terbaik dan Cabaran Kepada Perniagaan di Malaysia; dan Transaksi Mata Wang Digital: Perspektif Percukaian di Malaysia.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan seminar ini boleh dikemukakan kepada pihak Urus Setia SPK 2024 di [email protected]
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi: