12 Ogos 2024, 10:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kulim – Kementerian Kewangan (MOF) telah memulakan siri Program Jelajah Belanjawan 2025 Peringkat Negeri dengan sesi libat urus bersama wakil industri elektrikal dan elektronik (E&E) yang dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kulim Hi-Tech Park, Kedah pada 8 Ogos lalu.

Menurut Perdana Menteri, bagi memastikan Malaysia menggapai wawasan ‘Menaikkan Siling’ ekonomi negara, kerajaan ingin memastikan industri E&E di Kedah dapat meningkatkan kedudukannya di rantaian nilai global dengan memperhebatkan lagi nilai tambah serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Industri E&E ini telah meningkatkan kepelbagaian sumber ekonomi negeri jelapang padi Malaysia ini dan sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan bermakna kepada anak-anak negeri Kedah

Beliau berkata kerajaan berharap industri ini akan menjadi salah satu tonggak utama untuk mencapai wawasan ‘menaikkan lantai’ kualiti hidup rakyat negeri Kedah dalam jangka sederhana.

Sesi libat urus ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan  Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Siri Program Jelajah Belanjawan 2025 ini akan disusuli dengan hentian-hentian di seluruh negeri dalam masa terdekat. Kerajaan menganjurkan program ini bagi mendapatkan maklum balas dan saranan semua pihak berkepentingan agar penggubalan belanjawan negara adalah terangkum dan dapat mempercepat momentum pertumbuhan Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.