9 Ogos 2024, 16:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kota Kinabalu – Mengangkat tema sempena Hari Wartawan Nasional 2024 “Etika Teras Kewartawanan Mapan,” peranan media terus diiktiraf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan meraikan seramai hampir 40 pengamal media menerusi Majlis Hi-Tea Ketua Pegawai Eksekutif HASiL bersama-sama Media Sabah di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, semalam.

Program HASiL bersama dengan media merupakan salah satu daripada program wajib yang telah dilaksanakan sejak tahun 2017 sehingga kini menerusi pelbagai platform penganjurannya.

YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan media atas sokongan yang telah diberikan kepada HASiL sepanjang tahun 2023 dan 2024 menerusi laporan berita serta publisiti yang diterbitkan dalam menyampaikan maklumat terkini yang tepat dan relevan kepada masyarakat.

Saya berharap kerjasama strategik yang terjalin selama ini akan terus diperkukuh dalam memastikan agenda percukaian nasional dapat disebarluaskan dengan cara yang efektif dan efisien.

Tambah beliau, kejayaan yang dikecapi HASiL selama ini tidak hadir dengan sendirinya tanpa sokongan jitu daripada rakan-rakan media yang selama ini telah banyak membantu dan memudahkan pelaksanaan strategi HASiL hingga ke peringkat akar umbi.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan penyampaian plak penghargaan kepada wakil media yang hadir. Yang turut hadir ialah YBhg. Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBrs. Encik Shaharuddy Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), YBrs. Encik Azrul Hisham Shamsudin, Pengarah Negeri HASiL Sabah, YBrs. Puan Noraini Mustafa, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat serta barisan pengurusan kanan HASiL.

HASiL berharap dengan penganjuran majlis ini, pengaruh dan kekuatan media dapat dijana dengan optimum, efektif dan berkesan demi kebaikan bersama selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.