Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangShah Alam – Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menganjurkan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam, Selangor dari 22 Ogos hingga 25 Ogos 2024.
Menurut PNB, MSAM merupakan titik fokus teras Sosial di bawah Rangka Kerja Kelestarian untuk meneruskan komitmen PNB terhadap pelaburan sosial dalam pendidikan, peningkatan komuniti, literasi kewangan, dan inisiatif perkongsian ilmu.
MSAM juga menunjukkan PNB komited dalam memenuhi mandat untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia demi kemakmuran negara.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan PNB, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda berkata, MSAM telah menjadi sebahagian daripada komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada pemegang unit dan kepada negara sejak 23 tahun yang lalu.
Ujar beliau,
Pada tahun ini, MSAM membawa tema ‘Uplift your life at MSAM’ atau ‘Kukuhkan hidup anda di MSAM’, sejajar dengan matlamat PNB yang diperbaharui – untuk mengukuhkan kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.
Beliau berkata penganjuran MSAM saban tahun telah berjaya direalisasikan dengan penglibatan dan sokongan padu syarikat pelaburan PNB sebagai Rakan Korporat MSAM dan peranan setiap syarikat adalah penting dan sangat dihargai dalam memastikan penganjuran yang lancar dan tersusun untuk mencapai objektifnya
Jelas beliau lagi,
Meneruskan inisiatif kami dari tahun sebelumnya, elemen pendidikan kewangan dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) akan menjadi tumpuan kami dalam memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk menuntut ilmu dan pendidikan tinggi.
MSAM kali ini akan membawakan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan dan melibatkan pengunjung bagi menarik penyertaan daripada semua lapisan masyarakat.
Selain daripada aktiviti lazim berkaitan celik kewangan dan perkongsian ilmu, beberapa program unik akan diadakan termasuklah aktiviti pelengkap seperti Festival Muzik Mini, Karnival Makanan Mini (Maybank Islamic MAE-Dan Selera) dan Festival Auto.
Peranan Rakan Korporat MSAM 2024 juga akan dipamerkan kepada pengunjung sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan PNB dan orang ramai boleh melihat sendiri kekukuhan syarikat dengan wang mereka dilaburkan melalui unit amanah yang diuruskan oleh ASNB seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.
Para pengunjung juga boleh mempelajari kaedah pulangan melalui pelaburan dalam syarikat strategik yang diagihkan semula kepada pemegang unit dalam bentuk agihan pendapatan.
Sebanyak 50 pempamer terdiri daripada syarikat Kumpulan PNB, ejen ASNB, badan kawal selia dan agensi kerajaan negeri akan terlibat dalam aktiviti serta pameran pendidikan pelaburan di MSAM 2024.
MSAM 2024 akan menawarkan kepada pengunjung pelbagai hadiah menarik bernilai kira-kira RM1 juta dengan hadiah utamanya terdiri daripada satu unit apartmen servis di Serasi Residences Putra Heights Sime oleh Darby Property, BYD Dolphin Standard – Maldive Purple oleh Sime Darby, Perodua Axia 1.0L AV – Coral Blue Perodua dan Perodua Ativa 1.0L Turbo AV – Pearl Delima Red Perodua.
Untuk maklumat lanjut mengenai MSAM 2024, boleh layari laman web rasmi MSAM https://www.pnb.com.my/msam/ dan platform media sosial rasmi MSAM; Instagram, minggusahamdigital dan Faceboook, Minggu Saham Amanah Malaysia.