7 Ogos 2024, 18:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan orang ramai agar tidak menggunakan logo LHDNM atau sebarang rujukan kepada HASiL bagi tujuan pemasaran, pengiklanan atau seumpamanya di media cetak, sosial, penerbitan video serta lain-lain medium tanpa kebenaran.

Secara amnya, penyalahgunaan logo LHDNM atau rujukan kepada HASiL merupakan satu kesalahan yang diperuntukkan di bawah Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 [Akta 414].

Sebagai sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan, HASiL memandang serius terhadap penyalahgunaan logo atau rujukan tersebut di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu, HASiL ingin menegaskan bahawa tiada sebarang penggunaan logo LHDNM atau rujukan kepada HASiL boleh dilakukan tanpa kebenaran. HASiL tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Untuk makluman, beberapa siri peringatan kepada orang ramai telah dikeluarkan oleh HASiL menerusi kenyataan media dan infografik berkaitan sindiket penipuan dengan menggunakan nama dan logo LHDNM.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Sebarang rujukan dan maklumat lanjut percukaian boleh diakses menerusi portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi:

  1. Pusat Perhubungan HASil melalui talian 03-89111000 / 603-89111000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; atau
  3. Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.