2 Ogos 2024, 17:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) meneruskan usaha memperkasakan pematuhan cukai dengan melancarkan Operasi Pematuhan Khas “Ops Gading” dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) Pahang yang telah berlangsung selama dua hari mulai 31 Julai 2024 hingga 1 Ogos 2024 di sekitar negeri Pahang.

Operasi yang dijalankan ini melibatkan 184 orang pegawai HASiL dari Ibu Pejabat LHDNM, HASiL Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur. Operasi ini merupakan kesinambungan daripada siri Operasi Pematuhan Cukai yang giat dijalankan baru-baru ini.

Menerusi operasi ini, beberapa tindakan pematuhan telah dilaksanakan melibatkan audit percukaian syarikat dan perniagaan, serahan notis pemakluman sebelum tindakan saman, audit Potongan Cukai Bulanan (PCB) majikan, serahan saman dan notis tunggakan, serahan notis gagal patuh kes syarikat (CP204) dan kes individu serta perniagaan (CP500).

Selain itu, HASiL turut melaksanakan lawatan banci perniagaan sebagai usaha untuk memperluas asas cukai khususnya di negeri Pahang.

Untuk rekod, sebanyak 346 kes telah berjaya dikendalikan meliputi enam daerah di negeri Pahang, iaitu Kuantan, Temerloh, Raub, Mentakab, Maran dan Cameron Highlands. Antara industri yang diberikan tumpuan dalam operasi pada kali ini termasuklah pembalakan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian.

YBhg. Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) HASiL dalam ucapan perasmian menyatakan operasi seumpama ini akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan cukai yang tinggi dalam kalangan pembayar cukai.

Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perniagaan perlu melaporkan pendapatan mengikut undang-undang percukaian yang telah ditetapkan. Pembayar cukai juga boleh tampil ke pejabat HASiL berdekatan dengan segera untuk mendapatkan khidmat nasihat atau sekiranya terdapat keraguan terhadap pelaporan yang dibuat sebelum ini.

YBhg. Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) HASiL) memotong reben sebagai tanda perasmian operasi.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Encik Ruslan Othman, Pengarah HASiL Pahang, YBrs. Tuan Mohd Asri Seman, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Pahang serta barisan pengurusan kanan HASiL.

HASiL berharap dengan pelaksanaan operasi ini akan dapat meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pembayar cukai dan seterusnya memberikan kesan yang positif untuk meningkatkan hasil kepada negara.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Hasil Contact Centre (HCC)  melalui talian  03-89111000/603-8911  1000 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; atau
  3. Borang Maklum   Balas   melalui pautan  https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.