1 Ogos 2024, 17:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa sehingga jam 12:00 tengah hari, prestasi sistem MyInvois merekodkan penghantaran e-invois yang berjaya telah mencecah 520,000 dan sistem ini tersedia untuk digunakan oleh pengguna.

Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan media dan aduan yang diterima, terdapat pengguna yang masih menghadapi kesukaran untuk mengakses sistem MyInvois. Untuk mengatasi masalah ini, pihak HASiL menyarankan pengguna untuk log masuk semula sistem MyInvois dan sentiasa membersihkan cache pelayar secara berkala.

Demi memastikan agenda nasional kerajaan ini direalisasikan, HASiL optimis dalam memastikan persiapan pelaksanaan e-Invois berlangsung dengan sebaik mungkin sekali gus meletakkan platform e-Invois ini kekal sebagai pemacu utama sistem percukaian negara. HASiL juga komited untuk memberikan sokongan berterusan dan menangani apa-apa kebimbangan yang mungkin timbul semasa tempoh peralihan kepada sistem MyInvois.

Pelaksanaan e-Invois secara mandatori bagi syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula pada hari ini, menandakan era baharu dalam usaha mendigitalkan dan memperkasakan sistem percukaian negara.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pelaksanaan e-Invois boleh disalurkan melalui:

  • Meja Bantuan e-Invois HASiL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam);
  • MyInvois Live Chat;
  • e-mel [email protected] bagi pertanyaan umum e-Invois; dan
  • Borang      Maklum      Balas       Pelanggan      MyInvois      di       pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.