Diterbitkan pada 23 Julai 2024, 11:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Persidangan Percukaian Kebangsaan 2024  anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan kerjasama Chartered Tax Institute of Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, menarik penyertaan seramai 2,081 orang peserta yang terdiri daripada pengamal percukaian, ahli badan profesional dan akademik seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, HASiL akan terus komited, telus dan adil dalam melaksanakan fungsinya sebagai sebuah jentera kerajaan yang memikul amanah dalam mentadbir cukai langsung negara. HASiL akan terus giat merangka pelbagai strategi percukaian yang berimpak tinggi merangkumi aspek operasi, pengurusan dan pematuhan bagi mendepani perubahan serta keperluan semasa.

Penganjuran persidangan ini dilihat sebagai satu platform yang terbaik dengan membuka ruang dan peluang kepada pembuat dasar dan pelaksana untuk berkongsi pandangan, pengetahuan dan pengalaman serta membincangkan isu-isu terkini percukaian mengikut kepakaran masing-masing.

Persidangan yang telah memasuki siri ke-24, bertemakan “Tax Reforms: Driving Growth and Empowering the Nation”  ini  telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Julai 2024.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi