21 Januari 2023, 14:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Citi Research meramalkan bahawa ekonomi Malaysia bakal berkembang dengan perlahan, iaitu sekitar empat peratus pada tahun 2023. Hal ini berikutan kesan pertumbuhan asas dan ketidaktentuan eksternal yang lain.

Menurut firma penyelidikan tersebut, pembukaan semula sempadan China dapat membantu mengimbangi kesan negatif ketidaktentuan daripada kemungkinan kemelesetan di negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.

Ketua Citi Research Ekonomi Asia, Kit Wei Zheng menyatakan bahawa mereka meningkatkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka kepada 8.7 peratus, iaitu lebih daripada unjuran Kementerian Kewangan sebanyak 6.5 hingga 7 peratus. Mereka juga menjangkakan pertumbuhan sederhana pada kadar empat peratus pada ini.

Mengenai keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada kadar 2.75 peratus, Citi Research berpendapat, hal ini hanyalah bersifat sementara untuk memberikan pihak bank lebih masa bagi menilai kesan kenaikan kadar sebelum ini seterusnya beralih kepada keseimbangan risiko daripada pelarasan dasar dalam belanjawan.

Kit Wei Zheng menjangkakan bahawa kenaikan nilai mata asas OPR pada bulan-bulan yang mendatang disebabkan oleh inflasi teras yang masih dilihat tinggi.

“Dengan inflasi teras masih dilihat tinggi (meskipun menyederhana) dan risiko kepada peningkatan pertumbuhan, kami menjangkakan sekurang-kurangnya kenaikan 25 mata asas lagi pada Mac dan 25 mata asas lagi pada Mei dengan kemungkinan kenaikan seterusnya pada separuh kedua tahun 2023,” jelas beliau.

Pada peringkat global, Citi Research berpendapat bahawa hal tersebut memperlihatkan keadaan kemelesetan yang turun naik, dengan inflasi tinggi dan dasar monetari ketat dijangka membayangi prospek susulan cabaran geopolitik yang berterusan.

“Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, kita melihat peralihan dinamik dalam ekonomi global”.

Menurutnya lagi, kemajuan pertumbuhan global tahun ini dijangka menurun kepada lebih dua peratus, hampir satu mata peratusan lebih rendah berbanding dengan prestasi yang agak baik pada tahun lepas.

China menamatkan strategi sifar COVIDnya, cuaca yang panas dan berangin di kawasan Eropah dan data terkini Amerika Syarikat menunjukkan inflasi rendah dengan aktiviti ekonomi yang masih kukuh. Meskipun berita baik kebelakangan ini, kami berpandangan ekonomi global masih bakal berdepan tahun yang mencabar,” katanya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.