Oleh Ritah Yahaya
14 November 2022, 10:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Udara mengandungi bahan cemar berbahaya yang langsung tak dapat
dikesan oleh mata kasar …

 

Ketika rakyat Malaysia memasuki era baharu fasa endemik “tanpa pelitup muka”, yang penggunaan pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kebanyakan tempat awam termasuk dalam penerbangan, di pusat beli-belah dan sesetengah pejabat, perkara yang sering menimbulkan persoalan ialah bagaimanakah tahap kualiti udara kita? Lebih-lebih lagi, kini kebanyakan orang  tidak lagi memakai pelitup muka, terdapat pelbagai bahan cemar lain yang perlu diawasi dan dihindari.

Pencemaran udara dan peningkatan bahan pencemaran di udara disebabkan oleh pelbagai faktor. Satu daripada faktor tersebut ialah aktiviti lazim seperti memandu kereta. Memandu memerlukan penggunaan bahan api, yang seterusnya menghasilkan bahan pencemar udara seperti karbon dioksida dan zarah berbahaya lain.

Punca pencemaran udara lain, termasuklah debu yang ditiup angin dan pembakaran terbuka, kegiatan pertanian, loji janakuasa, kilang, dan tugasan harian di rumah kita. Lebih-lebih lagi, asap rentas sempadan yang ditiup oleh angin dari negara-negara jiran. Sebagai contohnya pembakaran terbuka yang menyebabkan jerebu di kawasan tertentu negara.

Kualiti udara Malaysia kini berada pada tahap sederhana dan boleh diterima. Walau bagaimanapun, menghirup udara berkualiti yang memuaskan sahaja tidak wajar untuk jangka panjang. Hal ini demikian kerana keadaan ini bukan sahaja mungkin menimbulkan masalah kesihatan, tetapi jika tiada apa-apa yang dilakukan sekarang, kualiti udara negara kita akan terus merosot.

Berasaskan Indeks Kualiti Udara Malaysia, Sabah mempunyai kualiti udara yang paling bersih di Malaysia. Manakala Selangor mempunyai udara yang paling membimbangkan.  Kuala Selangor ditarafkan sebagai kawasan yang paling tercemar, diikuti oleh Shah Alam, Petaling Jaya, dan Klang.

Selain  kualiti udara luar, kebersihan udara dalaman juga tidak kurang penting. Hal ini demikian kerana udara dalaman adalah dua hingga lima kali lebih tercemar daripada udara luar. Keadaan ini disebabkan oleh udara dalaman yang tidak banyak beredar, lebih-lebih lagi dengan tahap pengudaraan yang kurang baik.

Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan banyak bahan cemar bawaan udara seperti habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga, virus, dan bakteria biologi lain terus hidup di ruang dalaman. Hakikat inilah yang memerlukan usaha kita untuk memastikan udara yang lebih sihat dan bersih. Satu cara untuk mendapatkan udara yang lebih berkualiti adalah dengan menggunakan penulen udara.

Selain meringankan beban pernafasan bagi mereka yang lebih mudah jatuh sakit, penulen udara boleh memainkan peranan penting dalam ruang dalaman sebagai penghapus acuan dan debunga dari udara, meneutralkan bau yang kurang menyenangkan, meningkatkan kualiti tidur keseluruhan, dan mengurangkan alergi bagi mereka yang mengalami alahan atau haiwan peliharaan.

Bukan itu sahaja, penulen udara juga melindungi para wanita hamil dan ibu yang baharu melahirkan anak daripada bahaya bahan zarah dengan menapis semua bahan pencemaran yang tidak boleh dibersihkan menerusi pembersihan biasa yang dilakukan setiap hari.

Penulen udara pintar serba baharu Coway Noble yang canggih dari segi teknologi terbukti dapat mengurangkan zarah halus seperti virus dan bakteria. Coway Noble merupakan alat kediaman yang sangat diperlukan di setiap ruangan dalam. Coway Noble  menerima pelbagai anugerah reka bentuk bertaraf dunia dan bukan sahaja kelihatan anggun tetapi merupakan pembantu kediaman yang menambah baik kehidupan seisi rumah.

Antara ciri yang menjadikan penulen udara ini begitu unik dan berkesan ialah teknologi penapis Double HEPA yang terbukti dapat membasmi hingga 99.999% varian Omicron SARS-CoV-2, Koronavirus Manusia (HCoV-OC43), dan virus Influenza A virus (H1N1). Penapis Double HEPA Coway diperkasakan dengan tambahan lapisan antibakteria dan lapisan antikulat yang menyediakan perlindungan berganda.

Penulen udara Coway Noble dilengkapi  lima jenis penapis berbeza dan disokong oleh pensterilan UVC yang merupakan sebahagian daripada sistem penapis enam langkah unik yang terbina di dalam penulen udara tersebut. Reka bentuk unik ini memberikan aliran udara berterusan yang sangat tulen, bersih dan paling penting sekali, selamat.

Langkah pertama ialah Prapenapis 4D yang menyingkirkan zarah habuk besar, helaian rambut dan bulu haiwan peliharaan sambil mengalirkan udara dari setiap arah. Langkah kedua ialah Penapis Asap yang menghalang gas-gas berbahaya seperti Nitrogen Dioksida (NO2), dan langkah ketiga adalah mengurangkan alergen daripada anjing dan kucing dan juga kutu habuk dengan Penapis Alergen.

Dalam langkah 5, Penapis Double HEPA 4D bersedia menyahaktifkan 99.999% virus, termasuklah varian Omicron Covid-19, Influenza A (H1N1) dan Koronavirus Manusia. Akhir sekali, Pensterilan UVC dapat menyahaktifkan hingga 99.9% bakteria seperti E.Coli.

Noble juga menggunakan penapis 4D pertama sepertinya dengan tahap penulenan 360°, yang direka khas untuk memerangkap, membersihkan dan mengalirkan udara dari setiap arah. Penulen udara Noble juga menggabungkan teknologi pintar terkini dengan melaporkan kualiti udara secara langsung.

Petunjuk LED menyala pada bahagian atas penulen untuk memaklumkan pengguna dengan empat warna berbeza untuk menyatakan tahap pencemaran udara dalaman semasa. Petunjuk akan menyala dalam warna biru untuk baik, hijau untuk biasa, kuning untuk kurang baik dan merah untuk teruk.

Penulen udara ini juga dilengkapi sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod – smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam).  Penulen udara Coway Noble yang serba anggun ini boleh dipasang di mana-mana, walaupun dalam ruang yang kecil tanpa menimbulkan masalah.

Double HEPA dengan bahan penapis lanjutan menyahaktifkan hingga 99.999% varian Omicron SARS-CoV-2, virus Influenza A (H1N1), Koronavirus Manusia (HCoV-OC43) dengan prestasi antibakteria dan antikulat berasaskan ujian yang dijalankan oleh Kolej Perubatan Veterinar, Universiti Kebangsaan Jeonbuk, Korea Selatan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.