8 Ogos 2022, 22:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik.

Beliau menambah masih terlalu awal untuk membuat keputusan memperkenalkan subsidi bersasar melalui Bajet 2023 akan datang kerana tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan inflasi global yang tinggi. “Pada masa sama kita juga perlu memahami bahawa subsidi tidak bersasar dalam jangka masa panjang tidak akan membawa faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara. “Kita masih lagi dalam proses pemulihan dan perkara ini perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan sama ada subsidi bersasar akan diperkenalkan dalam Bajet 2023.” 

Beliau menyatakan bahawa sekiranya pada tahun 2023 keadaan ekonomi mengizinkan, konflik geopolitik dunia yang semakin reda dan pertumbuhan ekonomi negara yang stabil, satu pembaharuan struktur akan dibuat bagi membantu golongan rentan. “Melalui pembaharuan struktur ini, kita akan memperkenalkan polisi baharu yang boleh menolong golongan yang betul-betul memerlukan dan tidak terlalu menyeluruh.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.