Dalam laporan sorotan bulanan Jun 2022, bank pusat itu menyatakan bahawa nisbah pinjaman kepada dana kekal stabil pada 81.8% bagi bulan berkenaan.
“Pertumbuhan pinjaman isi rumah yang tertunggak bertambah 5.9% yang bertumpu pada tujuan pinjaman berbanding 5.0% semasa Mei, mencerminkan pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pengagihan pinjaman terutamanya untuk kereta dan rumah.
“Pinjaman tertunggak berkembang 5.8% berbanding 5.4% yang dicatatkan pada Mei, berikutan pertumbuhan dalam pengeluaran pinjaman (23.0%; Mei: 20.8%) mengatasi jumlah pembayaran balik (20.05; Mei: 23.6%) bagi perniagaan.” “Secara sektoral, pertumbuhan pinjaman tertunggak yang lebih tinggi mencerminkan pertumbuhan yang lebih kukuh dalam perdagangan borong serta runcit, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi.”
BNM memaklumkan bahawa keadaan pasaran kewangan domestik telah diperketatkan berikutan kenaikan mendadak kadar faedah Amerika Syarikat (AS). “Pada Jun, keadaan pasaran kewangan global diperketatkan berikutan kenaikan 75 mata asas yang agak ketara sejak tahun 1994 dalam kadar dana rizab persekutuan AS berikutan tekanan inflasi AS yang semakin memuncak. Keadaan itu kemudiannya telah menimbulkan kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan ekonomi AS dan global.”
Pelarasan dalam pasaran kewangan domestik “kekal teratur” berikutan prospek pemulihan ekonomi yang positif. BNM turut mengumumkan kualiti aset dalam sistem perbankan kekal utuh.