Oleh Ritah Yahaya
27 Julai 2022, 03:07

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI) hari ini menyatakan komitmen dan sokongan untuk memperkasakan pembangunan teknologi baharu dalam industri agrikomoditi dan mengajak syarikatteknologi tempatan untuk meneroka dana-dana yang disediakan bagi mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba dalam ucapannya
pada Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MiACES)
2022 anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berkata,
“MOSTI telah menganjurkan program latihan upskilling deeptech and future skills bagi
membantu industri mendapatkan pekerja yang berkredibiliti dan mempunyai
kemahiran kompeten selain membangunkan kapasiti pekerja menerusi pendedahan
kepada keperluan sebenar industri.”

Tambah YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, program ini bertujuan membantu Keluarga Malaysia yang mempunyai latar belakang kemahiran sains, teknologi dan inovasi, khususnya di kalangan mereka yang hilang pekerjaan berikutan terkesan dengan pandemik untuk kembali bekerja dan seterusnya menjana pendapatan.MOSTI dengan kerjasama agensi-agensi di bawahnya seperti Malaysian Research Accelerator Technology and Innovation (MRANTI) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan bekerjasama dan menyokong KPPK serta pemain industri agrikomoditi. Perkara ini dapat dilakukan menerusi proses transformasi dan adaptasi teknologi, penyelidikan dan  pembangunan serta pengkomersialan teknologi yang MOSTI yakini dapat membantu menambah baik industri.

Sehubungan dengan  itu, syarikat korporat serta peladang dan pekebun kecil dialu-alukan
untuk berinteraksi dengan agensi-agensi di bawah MOSTI dan juga syarikat teknologi
yang disokong oleh MOSTI bagi mendapatkan bantuan serta sokongan yangdisediakan.

Pada masa yang sama, MOSTI turut menjemput ekosistem perladangan dan komoditi
untuk tampil mendapatkan sebarang khidmat nasihat berhubung penyelesaian
teknologi yang ditawarkan untuk diguna pakai secara meluas bagi peladang dan
pekebun kecil tempatan.

MIACES 2022 yang dirasmikan semalam oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail
Sabri bin Yaakob, berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Julai 2022
di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala
Lumpur melibatkan penyertaan daripada 39 buah negara dan lebih 350 syarikat
antarabangsa.

Ekspo dan sidang kemuncak ini menampilkan produk-produk komoditi, perkhidmatan
dan teknologi perladangan terkini di bawah satu bumbung. Pelbagai acara lain turut
dianjurkan antaranya persidangan, perbincangan meja bulat, mesyuarat business to
business (B2B) dan malam anugerah berprestij bagi menghargai sumbangan pemain
industri agrikomoditi.

MIACES 2022 dilihat sebagai medium memperkukuhkan rangkaian kerjasama antara
pemain agrikomoditi bagi membina rangkaian urus niaga serta meneroka potensi
pelaburan dalam sektor agrikomoditi. Ia juga membuka ruang dan potensi bagi pemain
industri menembusi pasaran antarabangsa dalam persekitaran perniagaan yang
kondusif.

Untuk maklumat lanjut MIACES 2022, boleh layari: myagricommodity.com

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.