5 Julai 2022, 10:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia perlu mencari titik persamaan bagi pihak berkepentingan industri untuk bekerjasama dan bergerak ke hadapan serta mewujudkan impak ekonomi yang lebih besar.
Ketua Pegawai Eksekutif,  Datuk Seri Abdul Khani Daud menyatakan bahawa MyCEB akan berusaha untuk menjadikan kerjasama itu sebagai bermakna dan berjaya. MyCEB baru-baru ini telah membuat lawatan rasmi ke Jakarta dengan tujuan untuk menjalin hubungan yang lebih erat bagi pembangunan industri acara perniagaan antara kedua-dua negara. Perhimpunan pemimpin utama industri, terutamanya wakil daripada Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Persatuan Perusahaan Pameran Indonesia (IECA-Asperapi), Pameran Konvensyen Indonesia, Pusat Konvensyen Jakarta, Penganjur Persidangan Profesional, sektor awam dan swasta serta beberapa media tempatan telah menghasilkan perbincangan yang positif.
Bagaimanapun, Datuk Seri Abdul Khani Daud menambah lebih banyak usaha diperlukan untuk memulakan semula industri ini dan kerjasama dengan negara-negara jiran seperti Indonesia. Pengerusi IECA-Asperapi dan Pengarah Balai Sidang Jakarta Convention Centre Hosea Andreas Runkat menyatakan Indonesia berbesar hati dapat bekerjasama dengan juara industri rakan setara untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada perniagaan untuk rantau ini dengan impak daripada pandemik. “Keadaan ini akan menarik dan memberi keyakinan kepada pemimpin dunia antarabangsa, pembuat keputusan dan pelabur yang berpotensi terhadap keupayaan Malaysia dan Indonesia untuk menjalankan mesyuarat bertaraf dunia dan bertanggungjawab dalam era norma baharu ini.”
Menurut MyCEB, pihaknya sentiasa bersedia untuk menerajui usaha secara kolektif dalam membangunkan lebih banyak peluang rangkaian yang akan memberi laluan kepada petunjuk perniagaan baharu dan kontrak untuk ekonomi Malaysia. Keadaan ini akan meningkatkan lagi pengiktirafan dan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama untuk acara perniagaan di rantau ini dan dunia.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.