26 Jun 2022, 08:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz memaklumkan bahawa unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang berjumlah RM77.3 bilion setakat ini bagi tahun 2022 merupakan jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Beliau menambah unjuran subsidi kepenggunaan ini meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion); minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, bil subsidi (RM9.7 bilion), tidak termasuk bantuan kebajikan lain.

Unjuran subsidi untuk tahun 2022 itu jika harga bersubsidi serta harga pasaran minyak, arang batu dan komoditi lain kekal pada paras semasa. “Apabila ditambah dengan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) (RM11.7 bilion) dan lain-lain subsidi (RM14.6 bilion). Jumlah keseluruhan subsidi setakat ini adalah sebanyak RM77.3 bilion bagi tahun 2022.”

Beliau turut menyatakan bahawa unjuran itu juga mengambil kira pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai bantuan tunai tambahan RM630 juta yang meningkatkan jumlah BKM Fasa 2 bagi golongan berpendapatan rendah kepada RM1.74 bilion mulai 27 Jun 2022.

Selain itu, subsidi elektrik bernilai RM5.8 bilion untuk separuh tahun kedua bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik mulai 1 Julai 2022 turut diambil kira. Kerajaan sentiasa peka terhadap kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi ekoran gangguan kepada rantaian bekalan global dan konflik Ukraine-Rusia, yang telah mengakibatkan impak kenaikan harga barangan asas ke atas kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.

Subsidi kerajaan bertujuan menampung kos sara hidup rakyat. Menurut beliau,  subsidi menyeluruh yang meliputi petrol, diesel, air, dan elektrik juga memberikan manfaat yang besar kepada golongan M40 dan T20.

“Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor luaran yang boleh memberikan impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal,” ujar beliau.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!