23 Jun 2022, 08:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah USD109.2 bilion pada 15 Jun 2022. BNM menyatakan bahawa kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu ialah rizab mata wang asing sebanyak USD109.2 bilion setakat 15 Jun 2022 selain kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), iaitu USD1.4 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR), USD6.0 bilion, emas USD2.4 bilion, dan aset rizab lain berjumlah USD3.1 bilion.

BNM turut memaklumkan bahawa emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM458.14 bilion manakala kertas kerajaan Malaysia RM12.59 bilion, deposit dengan institusi kewangan RM621.30 juta, pinjaman dan pendahuluan RM23.76 bilion, tanah dan bangunan RM4.14 bilion serta aset-aset lain RM21.68 bilion. Selain itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM147.52 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.84 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.43 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM11.67 bilion), deposit lain (RM5.26 bilion), kertas Bank Negara (RM5.26 bilion), peruntukan SDR (RM28.12 bilion), dan liabiliti lain (RM4.41 bilion).

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!