18 April 2024, 15:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – MATRADE merancang strategi untuk menangani cabaran geopolitik yang melibatkan konflik di Asia Barat yang semakin meningkat, demi memastikan prestasi perdagangan tidak terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz menyatakan bahawa pihaknya sedang menganalisis dan mengeksport produk Malaysia ke negara yang terlibat dalam konflik di Asia Barat. Tindakan kami termasuklah mendapatkan maklumat tentang trend eksport ke negara tersebut dalam tempoh lima tahun yang lalu.

“Kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diberi arahan untuk menjalankan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing, serta menyusun strategi untuk mengurangkan kesan yang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini pada Khamis.

“Jadi kita boleh menggunakan negara atau bandar di kawasan berdekatan untuk mengeksport di negara yang terlibat konflik,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa semasa konflik antara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan Qatar sebelum ini, MATRADE telah menjalankan eksport ke negara yang terlibat melalui Oman.

”MATRADE akan mengambil langkah yang sama sekiranya konflik di Asia Barat berlanjutan,” jelasnya .

Sementara itu, Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyatakan bahawa antara strategi lain untuk mengurangkan impak risiko geopolitik terhadap perdagangan Malaysia adalah dengan memperluas pasaran baharu, terutamanya dalam kalangan pasaran yang sedang berkembang.

“Di antara negara-negara ini termasuklah Kenya, Brazil, Nigeria, Tanzania, Yaman, Morocco, dan Namibia, yang semuanya telah menunjukkan peningkatan yang ketara serta potensi besar untuk mengeksport produk tempatan.”

“Semasa pertumbuhan China  menyederhana, eksport kita ke sana telah berkurangan dan situasi yang sama mungkin boleh  berlaku di rantau lain.Oleh itu, kami sedang melaksanakan persediaan awal dan langkah penampan kerana ianya penting.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.