16 Jun 2022, 15:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Maxis Bhd membentuk perikatan 5G terbesar di Malaysia untuk mempercepatkan penemuan teknologi dan penyelesaian perusahaan Internet Benda atau Internet of Things (IoT) seiring dengan agenda digital negara.
Syarikat itu memaklumkan bahawa Maxis 5G Alliance itu akan bermula dengan 16 ahli yang terdiri daripada rakan kongsi teknologi dan industri global serta tempatan, inovator selain rakan kongsi pelanggan strategik dari pelbagai industri untuk memanfaatkan ekosistem simbiotik dan membuka nilai lumayan teknologi Revolusi Industri 4.0.

Ahli tersebut antaranya termasuklah Advantech, Amdocs, CrescoNet (dahulunya syarikat kumpulan Intellihub), Cisco, Google Cloud, GSMA (Komuniti Industry 5G APAC), Huawei, LLVision, Microsoft, MIMOS, Motorola Solutions, NEC, Omron, Realwear, SAS, dan Vodafone. Perikatan ini bakal mencipta, mengkomersialkan, menskalakan kes penggunaan 5G dan penyelesaian inovatif rentas industri untuk memacu transformasi digital serta inovasi 

Penyedia penyelesaian konvergen itu menyatakan bahawa komuniti tersebut bakal berkembang berasaskan kolaborasi terbuka merentas semua organisasi yang boleh mempercepatkan penerimaan dan penggunaan inovasi didayakan oleh 5G dan salinghubungan rangkaian tertumpu. Organisasi ahli ini disusun merangkumi tiga aliran, iaitu rakan kongsi teknologi dan industri, inovator, dan rakan kongsi pelanggan strategik. 
Pelanggan dapat meraih pelbagai manfaat daripada rangkaian ini melalui Program “Sell and Grow”, Program Interaksi dan Pertukaran serta Program Inovasi dan Bina melalui rakan kongsi berbilang kepakaran dalam ekosistem Maxis 5G Alliance.
Semua penyelesaian dan kes penggunaan akan dikuasakan oleh Maxis Programmable Network, sebuah rangkaian maju program perisisan diiktiraf di Malaysia yang akan menyediakan rangkaian luas penyelesaian Teknologi, Komunikasi dan Maklumat yang memenuhi spektrum penuh keperluan perniagaan.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!