25 Mei 2022, 09:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Malaysia Pacific Corporation Bhd (MPCB) dan Real Trend Development Sdn Bhd (RTDSB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di bawah skim perumahan Dasar Perumahan Rakyat Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM85.5 juta.
MPCB memaklumkan kepada Bursa Malaysia MoU itu juga melibatkan projek komersial yang terdiri daripada pejabat kedai dengan GDV sebanyak RM62.84 juta. Kedua-dua projek itu akan ditempatkan di Plentong, Johor Bahru. MPCB menyatakan bahawa RTDSB mencadangkan untuk memajukan 570 unit RMMJ dalam tiga fasa dengan keuntungan bersih yang dicadangkan sebanyak RM865,779, atau 1.01% daripada GDV kediaman. 
Sebanyak 242 unit akan dibina dalam fasa satu diikuti dengan 174 unit dalam fasa dua dan 154 unit pada fasa tiga. Pembangunan komersial yang terdiri daripada 100 unit pejabat kedai itu dijangka menjana keuntungan bersih RM14.17 juta iaitu 22.55% daripada GDV komersialnya.
Kedua-dua pihak bersetuju kos pembinaan untuk pembangunan yang dicadangkan itu akan ditanggung oleh RTDSB. MPCB turut memaklumkan bahawa MOU itu dijangka mempercepatkan dan merancakkan pembangunan projek itu hasil kerjasama sinergi kepakaran, sumber dan pengalaman kedua-dua pihak.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.