Oleh Ritah Yahaya
18 Mei 2022, 15:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Ahmad Azhari Rosli, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SugarBomb Worldwide Sdn Bhd

Beliau tentunya memperoleh pekerjaan yang setanding dengan kelulusan beliau dalam bidang kejuruteraan aeronautik dari Universiti of Bristol, United Kingdom sekembalinya beliau ke tanah air pada tahun 2015. Namun, naratifnya berbeza apabila beliau gagal mendapatkan

pekerjaan atas alasan syarikat mengutamakan pekerja yang berpengalaman selain peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan aeronautik yang agak terhad.

Pengalaman bersahabat dengan  Muhammad Zamir Othman, mahasiswa pada peringkat PhD dalam bidang kimia ketika di Universiti of Bristol, memperkenalkan kepada beliau teknik membuat minyak wangi. Secara tidak langsung, mencetuskan ilham kepada beliau untuk menceburi perniagaan  minyak wangi.

Beliau tentunya memperoleh pekerjaan yang setanding dengan kelulusan beliau dalam bidang kejuruteraan aeronautik dari Universiti of Bristol, United Kingdom sekembalinya beliau ke tanah air pada tahun 2015. Namun, naratifnya berbeza apabila beliau gagal mendapatkan pekerjaan atas alasan syarikat mengutamakan pekerja yang berpengalaman selain peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan aeronautik yang agak terhad.

Pengalaman bersahabat dengan  Muhammad Zamir Othman, mahasiswa pada peringkat PhD dalam bidang kimia ketika di Universiti of Bristol, memperkenalkan kepada beliau teknik membuat minyak wangi. Secara tidak langsung, mencetuskan ilham kepada beliau untuk menceburi perniagaan  minyak wangi.

SugarBomb ditubuhkan secara tidak rasmi pada tahun 2015 di United Kingdom. Makna asal SugarBomb dicipta daripada dua perkataan yang berbeza, iaitu “Sugar” dan “Bom”. SugarBomb mewakili yang terbaik dalam industri minyak wangi, selain bermaksud “haruman manis yang akan meletupkan industri minyak wangi.”

“Nak wangi? SugarBomb jelah” frasa pendek inti pati SugarBomb sebagai jenama dan sikap yang dibentuk dengan tiga nilai teras –  yakin, kreatif dan komited. “Nak wangi? SugarBomb jelah” ialah konsep di sebalik jenama untuk mencapai harga minyak wangi yang berpatutan agar semua orang boleh menikmati bau yang unik dengan kualiti produk yang tinggi. Kecantikan sebenar tidak lengkap tanpa minyak wangi. Minyak wangi tidak kelihatan tetapi baunya dianggap aksesori yang tidak dapat dilupakan.

Sebelum menjadi pengasas SugarBomb, dari tahun 2010 hingga tahun 2014, Ahmad Azhari Rosli melanjutkan pengajian beliau pada peringkat ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronautik di Universiti of Bristol di United Kingdom. Semasa melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana, beliau menjadi penyelia pembersihan di Bristol Art and Performance College dari tahun 2013 hingga tahun 2014.

Pada tahun 2015, Azhari menyertai JOM SHIPPING dan menjadi Pengedar Kebangsaan di Malaysia. Azhari dan Muhammad Zamir Othman, seorang daripada pengasas SugarBomb bertemu di United Kingdom. Mereka tertarik dengan potensi pemasaran produk berasaskan wangian seperti minyak wangi.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.