5 Mei 2022, 09:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuching – PetrosNiaga Sdn Bhd (PNiaga) secara rasmi mempunyai pegangan penuh ke atas urusan pemasaran kesemua silinder gas (hijau) Petronas dan (merah) Petroleum Sarawak Berhad (Petros). Syarikat minyak dan gas Sarawak itu turut mengambil alih semua pembekal semasa gas petroleum cecair (LPG) daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
Pengoperasian sepenuhnya itu berkuatkuasa selepas Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Petros melengkapkan Pindahan Perniagaan dan Perjanjian Langganan Saham (BTSSA) antara kedua-dua organisasi itu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petros, Janin Girie menyatakan bahawa keputusan muktamad pengoperasian LPG itu ialah komitmen Petros untuk memenuhi keperluan utama pengguna LPG di seluruh Sarawak.

Perjanjian yang dilengkapkan itu melibatkan jualan perniagaan LPG PDB Sarawak kepada PNiaga dan melanggan 49% pegangan dalam PNiaga sebagai sebahagian daripada BTSSA dengan PNiaga dan Petros.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!