8 April 2022, 09:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Cadangan penstrukturan semula daripada empat pemegang konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan membolehkan kerajaan menjimatkan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion dalam subsidi tol yang  boleh dipakai untuk perbelanjaan pembangunan yang mendesak dan kritikal termasuk menambah baik infrastruktur asas di negara ini.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd, Mohammed Rashdan Mohd Yusof menyatakan bahawa penjimatan ini kemudiannya boleh dibelanjakan bagi perbelanjaan pembangunan yang penting termasuklah infrastruktur asas yang akan meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa Gamuda masih mempertimbangkan dan membincangkan tawaran daripada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), dan akan mengumumkan keputusannya mengenai tawaran ALR secara serta-merta selepas lembaga kumpulan membuat keputusan mengenainya. “Industri tol telah bersifat agak kompleks untuk beberapa waktu, cuba mencari penyelesaian yang sesuai bagi meringankan beban kerajaan untuk membayar subsidi tol setiap tahun. Usaha menyelesaikan keadaan ini adalah sesuatu yang sangat sukar, hinggalah semalam.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.