7 April 2022, 09:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sentimen perniagaan dalam suku pertama 2022 dijangka positif di tengah-tengah pembukaan semula ekonomi negara tetapi pemulihan sepenuhnya masih kekal tidak menentu. demikian menurut satu kaji selidik bersama. Menurut kaji selidik Indeks Keyakinan Perniagaan RAM Holdings Bhd (RAM) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) bagi suku pertama 2022, keseluruhan indeks mencatatkan bacaan 55.4 yang merupakan sentimen positif, berbanding lima suku sebelumnya semasa tempoh pandemik yang mana bacaan berada di bawah 40.

“Firma-firma yang dikaji selidik kebanyakannya paling yakin dengan prospek jualan dan pengambilan pekerja, seperti yang dilihat dalam sub-indeks yang meningkat masing-masing kepada 60.2 dan 60.7. “Jumlah firma yang menyatakan kelemahan ekonomi sebagai cabaran utama turun kepada 50% daripada lebih 80% dalam tempoh yang sama tahun lepas.” Menurut kenyataan itu, dapatan daripada pengurus kredit CTO turut selaras dengan kaji selidik bersama itu yang menunjukkan petunjuk perniagaan mula meningkatkan operasi dan produktiviti.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyatakan permintaan masih belum normal sepenuhnya kerana pandemik telah mengubah tabiat penggunaan dan kapasiti dijangka kekal berkurangan. Kaji selidik bersama itu yang disertai 140 responden mendapati kira-kira 55% daripada firma masih belum pulih ke paras seperti sebelum COVID-19, terutamanya dalam sektor perkhidmatan perniagaan (62%) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat kecil (60%).

“Kebanyakan firma ini menjangkakan pemulihan penuh hanya bermula dari tahun 2023 dan seterusnya. Sebaliknya hanya 125 responden, terutamanya daripada firma korporat besar berkata perniagaan telah melepasi paras seperti sebelum pandemik. “Syarikat korporat besar dijangka mendapat manfaat daripada lantunan semula yang ketara dalam jualan eksport tahun lepas susulan sokongan permintaan luaran yang kukuh.” Selain itu, 62% daripada firma yang dikaji selidik menyatakan peningkatan kos menjalankan perniagaan sebagai satu daripada faktor yang membantutkan pemulihan penuh, menjadikannya kebimbangan terbesar pada suku ini dengan kos input bahan mentah dan pekerja yang tinggi terutamanya bagi firma pembuatan.

Kenyataan itu memuktamadkan bahawa PKS dan perusahaan mikro masih ketinggalan di belakang syarikat korporat dalam perjalanan menuju pemulihan dan meskipuan peralihan Malaysia ke fasa pandemik mungkin meningkatkan prospek, disebabkan oleh mereka terpaksa berdepan dengan peningkatan kos dan kekurangan buruh yang akan menjejaskan margin. “Bank-bank perlu memastikan PKS dibiayai secukupnya semasa fasa pemulihan. Penggubal dasar perlu terus melibat urus dengan firma-firma yang rentan dan menangani keperluan khusus meraka bagi memastikan pemulihan yang pantas dan seragam daripada pandemik.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.