4 April 2022, 07:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Securities Bhd menolak rayuan Nationwide Express Bhd untuk lanjutan masa bagi menyerahkan pelan penstrukturan semulanya kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan dan memutuskan syarikat itu dinyahsenarai seiring dengan syarat penyenaraian. Sekuriti syarikat itu akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Securities pada Selasa, 5 April, 2022.

“Selepas penyahsenaraian, syarikat itu akan terus wujud tetapi sebagai entiti tidak tersenarai. “Syarikat masih boleh meneruskan operasi dan perniagaannya serta meneruskan penstrukturan semula korporatnya, dan pemegang sahamnya masih boleh diberi ganjaran daripada prestasi syarikat. “Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan didagangkan di Bursa Securities.”

Pada 8 Feb, Nationwide mengumumkan bahawa syarikat itu telah menyerahkan permohonan kepada Bursa Securities untuk mendapatkan lanjutan masa hingga 23 Ogos 2022 untuk menyerahkan draf pekeliling pelan penstrukturan semulanya kepada Bursa Securities.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!