Oleh Ritah Yahaya
1 April 2022, 09:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  – Program Jualan Keluarga Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PJKM WPKL) kini diteruskan dan diperluasdengan perlaksanaan PJKM WPKL Ramadan 2022 yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexandar Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di AEON BIG, Danau Kota.

Perasmian hari ini menandakan bermulanya PJKM WPKL Ramadan 2022 yang akan berlangsung selama sebulan mulai 3 April 2022 hingga 2 Mei 2022 dengan kerjasama 15 pemain industri daripada 11 buah kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sepanjang bulan Ramadan ini, PJKM WPKL akan memfokuskan 12 barangan terpilih daripada Skim Harga Kawalan Keluarga Malaysia (SHMKM), iaitu Ayam Hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, cli merah, tomato, sawi hijau, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing), kacang panjang, timun dan pelbagai pilihan lain.

Selain itu, ahli Keluarga Malaysia juga boleh mendapatkan barangan keperluan asas dan harian seperti gula, tepung, beras, minyak masak, barang makanan proses, dan lain-lain barangan dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran setempat.

PJKM WPKL  dilaksanakan di 11 buah kawasanParlimen
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mendapat sambutan yang menggalakkan.Sebanyak  220 328 orang pengunjung  membanjiri PJKM WPKL di 109 buah lokasi dengan rekod jualan mencecah RM2.315 juta.

Rakan Strategik Sektor Peruncitan yang terlibat dalam PJKM WPKL Ramandan 2022, antaranya termasuklah:
1. AEON Mall Metro Prima
2. Ong Tai Kim Supermarket Sentul
3. AEON Big Danau Kota
4. Lotus Kepong
5. St Rosyam Mart Sdn Bhd
6. Pasaraya Aj Best
7. Hero Berjaya Times Square
8. Lulu Hypermarket
9. Nsk Grocer Quill City Mall
10. Checkers Sri Sentosa
11. Econsave Scott Garden
12. Nsk Trade City (KL) Sdn Bhd
13. Pasaraya Borong Big
14. Kk Mart & Super Store
15. 99 Speed Mart Sdn Bhd

KPDNHEP WPKL mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya
untuk menyahut dan menyokong usaha Kerajaan dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia yang akan datang. Inisiatif ini akan diperluaskan secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh ahli Keluarga Malaysia, terutamanya yang kurang berkemampuan dari golongan B40 dan M40yang menetap di WPKL.

Program ini  terbukti dapat membantu meringankan beban
perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia, di samping bersifat pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak.

KPDNHEP ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa beretika mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Kerajaan menyeru agar rakyat bersabar dan terus bersama kerajaan dalam waktu sukar yang luar biasa ini yang turut melanda dunia dan memberikan
kesan kepada rantaian bekalan global dan negara.

Sebanyak 2200 orang Pegawai Penguat Kuasa dan 1000 orang Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP di seluruh negara akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan tiada elemen pencatutan yangterhadap barangan dalam pasaran.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.