28 Mac 2022, 11:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Telekom Malaysia Berhad (TM) menafikan segala dakwaan dan tuntutan dalam notis timbang tara yang dibuat oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd bulan lepas berhubung ketiadaan pembayaran dibuat bagi penyediaan Televisyen Terestrial Digital (DTT), infrastruktur penyiaran dan kemudahan rangkaian.

“TM menafikan semua dakwaan dan tuntutan yang dibuat oleh MYTV dalam notis timbang taranya. TM seterusnya menafikan bahawa MYTV berhak mendapat mana-mana pelepasan yang diminta dalam notis timbang tara.

“MYTV tidak menyatakan butiran yang berkaitan dalam notis timbang tara mereka untuk membuktikan tuntutan itu untuk pelepasan dan remedi terhadap TM. TM mempunyai hak dalam perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Pada masa sama, TM membuat tuntutan balas terhadap MYTV untuk pelepasan terhadap caj tertungak RM90.2 juta dan RM5.54 juta untuk caj lewat pembayaran yang perlu dibayar oleh MYTV kepada TM menerusi perjanjian pada 25 Mac 2022.

Pada bulan lalu, MYTV menuntut pelepasan bagi beberapa perkara termasuk:

  • TM tidak berhak menerima bayaran RM91714 254.47 atau sebarang amaun yang dituntut menerusi perjanjian perkhidmatan.
  • Jumlah RM38 juta yang dibayar MYTV kepada TM menerusi perjanjian perundingan diambil kira dan dianggap sebagai bayaran di bawah perjanjian perkhidmatan.
  • TM tidak berhak untuk mengenakan sebarang kos persediaan yang ditanggung TM berkaitan 16 tapak DTT yang tidak digunakan di bawah perjanjian perkhidmatan.

MYTV merupakan penyedia perkhidmatan dan rangkaian yang dikawal Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dan pada tahun 2016, TM menandatangani kontrak 15 tahun bernilai RM916.1 juta untuk menyediakan perkhidmatan kepada MYTV. Menerusi perjanjian perkhidmatan itu, TM boleh mengambil bahagian dalam transformasi industri penyiaran dengan mewujudkan sektor penyiaran dinamik yang menawarkan lebih banyak pilihan dalam hiburan, TV interaktif serta program bermaklumat berkualiti tinggi. Dilaporkan bahawa MYTV berhutang lebih RM60 juta kepada TM dan menyebabkan perkhidmatan di beberapa negeri sudah digantung.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.