25 Mac 2022, 17:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Seremban – Kenaikan harga simen sekarang  didorong oleh kenaikan harga bahan mentah yang digunakan dalam proses pembuatan, khususnya arang batu di pasaran antarabangsa. Pengarah Urusan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) Sharuddin Omar Hashim menyatakan bahawa bahan mentah mengalami kenaikan harga, termasuk arang batu yang kini merangkumi 30% hingga 40% daripada kos pengeluaran simen, sekali gus menyebabkan syarikat pembuatan tiada pilihan selain menaikkan harga.

Menurut beliau, kenaikan harga arang batu sekarang didorong oleh larangan eksport Indonesia dan konflik antara Rusia dan Ukraine. “Harga arang batu sebelum ini berada dalam lingkungan AS$60 (RM252) hingga AS$70 (RM294) satu tan, tetapi kini meningkat kepada AS$200 (RM842) satu tan dan mungkin mencecah sehingga AS$400 (RM 1,685). “Larangan eksport dari Indonesia ke negara lain dan konflik Rusia-Ukraine telah menyebabkan kesukaran mendapatkan bekalan arang batu, sekali gus menyebabkan harga bahan mentah menjadi tinggi.”

Beliau menyatakan bahawa harga bahan mentah lain dalam pengeluaran simen juga meningkat dengan agak tinggi berikutan penularan wabak COVID-19 selain masalah kesesakan dari segi logistik dan pengedaran. Beliau juga menambah syarikatnya cuba sedaya-upaya untuk mengoptimumkan pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran melalui penggunaan bahan alternatif lain.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.