25 Mac 2022, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sime Darby Holdings Bhd (SDH) dan Ramsay Health Care Ltd telah menerima cadangan daripada IHH Healthcare Bhd untuk pengambilalihan 100% daripada syarikat usaha sama 50:50 mereka, Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd (Ramsay SDH). Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sime Darby Bhd menyatakan bahawa cadangan indikatif itu, nilai perusahaan indikatif bersyarat untuk Ramsay SDH ialah RM5.67 bilion atas asas tanpa tunai dan tanpa hutang.

“Cadangan indikatif itu tertakluk kepada syarat penyelesaian usaha ketekunan wajar yang memuaskan, rundingan dan muktamadnya perjanjian jual beli. “Setelah menyemak cadangan indikatif, SDH dan Ramsay SDH telah bersetuju dengan tempoh eksklusif selama empat minggu untuk membenarkan IHH menjalankan usaha ketekunan wajar dan merundingkan perjanjian jual beli.”

Syarikat itu menyatakan bahawa tiada jaminan bahawa persetujuan akan dicapai berkenaan dengan cadangan indikatif atau bahawa transaksi akan berlaku.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.