22 Mac 2022, 08:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pengeluaran khas RM10 000 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal memberi kesan jangka masa pendek kepada kemampuan pelaburan institusi tersebut. Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Indera Shahar Abdullah menyatakan bahawa KWSP akan mengimbangi portfolio bagi mengatasi kesan prestasi pelaburannya.

Beliau menambah bahawa KWSP juga akan memastikan dana persaraan seramai 6.3 juta ahlinya terjamin.

“Keputusan kerajaan untuk membenarkan pengeluaran RM10 000 secara one-off akan memanfaatkan seramai 6.3 juta ahli. “Ini bermakna sebanyak RM63 bilion akan disalurkan dan sudah pasti kuasa membeli rakyat akan meningkat serta akan memberi kesan langsung kepada ekonomi negara.” Bagaimanapun penyediaan nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion akan memberi kesan terhadap kemampuan pelaburan KWSP dalam jangka masa pendek.” Namun demikian, KWSP akan mengimbangi semula portfolio bagi mengurangkan kesan kepada prestasi pelaburan dan KWSP sentiasa komited untuk memastikan dana persaraan ahlinya terjamin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai kesan pengeluaran khas KWSP yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.