21 Mac 2022, 09:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanah Merah – Kerajaan memperuntukkan  RM1 bilion dalam usaha memulihkan Felda dan menambah pendapatan peneroka di seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa usaha pemulihan Felda melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) antara cadangan dalam Kertas Putih Felda seperti yang dibentangkan di Parlimen pada tahun 2019.

“Kertas Putih ini antara lainnya untuk merangka beberapa strategi memulihkan Felda kerana Felda menghadapi masalah. “Salah satu strategi adalah untuk menambah pendapatan peneroka. Kertas ini juga telah memperincikan beberapa tindakan antaranya Program Pembangunan Peneroka atau PPP yang menyatakan sejumlah RM1 bilion akan diagihkan kepada semua peneroka di seluruh negara.” Mustapa menjelaskan peruntukkan RM1 bilion itu membabitkan projek sektor pertanian, penternakkan dan akuakultur.

Pihak kerajaan mula mengagihkan geran peruntukkan pada tahun 2020 melibatkan RM174 juta yang diluluskan kepada semua peneroka di seluruh negara yang melibatkan RM108 juta untuk penternakan, RM51 juta untuk pertanian manakala RM10 juta lagi untuk sektor akuakultur.

Program Pembangunan Peneroka (PPP) telah memberi manafaat kepada 55 ribu peneroka Felda di 317 tanah rancangan seluruh negara. Program tersebut melibatkan penyertaan peneroka samada melalui penglibatan secara plasma (individu) atau melalui koperasi. Sehingga kini, kerajaan telah meluluskan sebanyak 7225 Projek PPP Felda di seluruh negara.

Mustapa berkata demikian selepas meninjau projek ternakan arnab terbesar di Felda Kemahang, salah satu projek yang dilaksanakan melalui kaedah koperasi di Felda Kemahang Satu petang semalam. Kerajaan meluluskan geran berjumlah RM456 000 untuk projek ternakan arnab dengan penglibatan seramai 455 peneroka dari wilayah Gua Musang. Projek ternakan arnab itu bermula pada 1 Jun 2021 dengan hasil jualan dikongsikan bersama peneroka yang terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) telah menjalinkan kerjasama dengan Mydin Wholesales bagi memasarkan produk keluaran peneroka Felda. Beliau menjelaskan bahawa penguasaan Felda ke atas FGV dapat memperkukuhkan lagi Program Pembangunan Peneroka Felda dan dapat menterjemahkan hasrat Felda untuk menjadi hub pengeluaran makanan negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.