19 Mac 2022, 11:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pangkor – Dalam usaha untuk terus merancakkan digitalisasi perniagaan di Malaysia, Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) telah berlangsung di Pulau Pangkor, Perak pada 19 Mac 2022. Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alaxander Nanta Linggi.

Program ini merupakan kesinambungan usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama kerajaan negeri, Bank Negara Malaysia (BNM) dan rakan strategik daripada penyedia e-dompet, iaitu Maybank, Touch n Go, GrabPay, Paynett, Boost, dan ShopeePay bagi menggalakkan pemain industri sektor peruncitan seiringan dengan perkembangan digitalisasi, terutamanya berkaitan dengan teknologi transaksi pembayaran secara digital serta memastikan setiap transaksi dilaksanakan dalam keadaan selamat sama ada daripada segi kesihatan (kebiasaan baharu) dan proses kewangan.

Majlis yang berlangsung juga merupakan sebahagian daripada rangka kerja ReDI yang akan dilaksanakan di seluruh negara. Tumpuan utama pihka KPDNHEP pada masa ini ialah keperluan para peniaga pada peringkat mikro dan kecil teruatamanya di kawasan luar bandar supaya mereka mampu mengadaptasi gelombang digitalisasi serta mengguna pakai e-wallet. Untuk rekod, sejumlah 3347 orang peniaga telah mengadaptasikan program ReDI hingga 15 Mac 2022.

Dalam ucapan perasmian beliau, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Sri Alaxander Nanta Linggi menyatakan setakat ini sebanyak 61% daripada 741 orang peniaga di Pulau Pangkor  berdaftar di bawah program tersebut. Tambahnya lagi, jumlah tersebut merupakan satu perkembangan yang baik dalam usaha pihaknya menjayakan insiatif digitalisasi transaksi secara tanpa tunai.

KPDNHEP menerusi Sekretariat Pedagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) juga sedang melaksanakan satu program insentif baru untuk menggalakkkan pengguna berbelanja tanpa tunai dalam usaha menjadikan Pangkor sebagai Pulau Digital Tanpa Tunai. Program Insentif Norma Baharu 2022 ini akan melibatkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM10 000, iaitu pemberian RM20.00 kepada 500 orang pengguna yang boleh ditebus menggunakan aplikasi e-dompet terpilih.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.