18 Mac 2022, 17:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Seramai 153 kakitangan bukan eksekutif SME Bank bakal menerima manfaat apabila bank tersebut secara rasmi telah memperbaharui Perjanjian Kolektif (CA) dengan Kesatuan Sekerja Komersial Kebangsaan (NUCW) yang mewakili Kesatuan Sekerja SME Bank bagi tempoh Julai 2019 hingga Jun 2022.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Dr Aria Putera Ismail menyatakan bahawa penambahbaikan yang dimasukkan di dalam CA termasuklah kenaikan gaji pokok, semakan semula faedah perubatan dan kemasukan ke hospital, skim bantuan pemilikan motosikal serta faedah bersalin. Rangka kerja ganjaran dan faedah bank yang baharu ini dilihat akan mengukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi yang diamalkan oleh SME Bank.” Selain itu, inisiatif ini akan membantu kakitangan terlibat menangani cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi sekarang.”

Perjanjian Kolektif SME Bank ini telah ditandatangani antara Aria Putera dan Ketua Perhubungan Perusahaan SME Bank, Muhammad Razif yang mewakili pengurusan SME Bank bersama Pengerusi AJK Dalaman NUCW SME Bank, Saipul Mat Ramli dan Yusli Abdul Rafat yang mewakili kakitangan SME Bank. Wakil  NUCW pula ialah Presiden, Muhammad Safizan Seman dan Setiausaha Agung, Jil Afril Jamaluddin.

Majlis tersebut disaksikan Setiausaha Eksekutif NUCW, T.M. Rajeswaran dan Ketua Penyelesaian Prestasi & Keupayaan SME Bank, Muhammad Rashdan Kamaruddin. Sementara itu, Saipul Mat Ramli menyatakan bahawa pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan bank kerana telah berjaya mengekalkan hubungan harmoni antara kedua-dua pihak. Tambah beliau, bank juga sentiasa memastikan kebajikan dan keperluan pekerja bukan eksekutif, dijaga dengan baik.” Penambahbaikan CA ini akan menjadi pembakar semangat untuk kami terus memberi yang terbaik kepada SME Bank.”

SME Bank sejak tahun lalu, SME Bank  turut menganjurkan ‘Program Upward Mobility’ membabitkan 50 kakitangan melalui kerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) untuk meningkatkan kemahiran kakitangan bukan eksekutif. Selain itu, seramai 15 kakitangan ‘Top Talents’ daripada kategori eksekutif dan ke atas telah ditaja untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Utara Malaysia.

SME Bank kini mempunyai 1064 orang kakitangan dan beroperasi melalui 26 buah cawangan di seluruh negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.