2 Ogos 2021, 03:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Datuk Mohd. Rauf Nasir, Pengarah Urusan Nokia di Malaysia, Maldives dan Sri Lanka.

Kuala Lumpur – Berkuat kuasa pada 1 Ogos 2021, Datuk Mohd. Rauf Nasir kini memainkan peranan penting sebagai Pengarah Urusan Nokia di Malaysia, Maldives dan Sri Lanka.

Pangkalan operasi dan pengawasan perniagaan Nokia bagi ketiga-tiga negara ini dipusatkan di Kuala Lumpur.

“Sebagai peneraju teknologi global, Nokia bersedia menjadi penyumbang kepada kemajuan teknologi nasional, seperti 5G dengan pesat,” kata Datuk Rauf yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat.

Sebelum bergabung dengan Nokia, Datuk Rauf merupakan Presiden Negara Motorola Solutions Malaysia, yang membantu mengembangkan perniagaan komunikasi penting syarikat dalam bidang keselamatan awam, minyak dan gas, pengangkutan, dan perusahaan.

Selain itu, pelibatannya dalam International Business Machines Corporation (IBM) juga sangat aktif sebagai Pengurus Besar Sektor Komunikasi, dengan memberikan fokus kepada misi segmen utama telekomunikasi, utiliti dan media.

Dengan pengalaman yang sangat luas, Nokia memberikan tanggungjawab kepada Datuk Rauf untuk memimpin penyampaian inovasi dan penyelesaian utama Nokia di rantau ini daripada portfolio unik syarikat, termasuklah rangkaian tanpa wayar peribadi berkelajuan tinggi dan 5G.

“Malaysia merupakan pasaran utama untuk Nokia dan berharap dapat terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan industri di negara ini untuk memajukan transformasi digital secara holistik,” katanya ketika mengulas mengenai perlantikannnya itu.

“Saya sangat berharap dapat bekerjasama dengan pengendali dan pelanggan perusahaan.

“Tidak ketinggalan, peri pentingnya menjalinkan kerjasama dengan kerajaan. Hal ini adalah untuk memperkuat ekosistem tempatan, khususnya dalam memperkasakan masyarakat dan ekonomi Malaysia seiring dengan peralihan Revolusi Perindustrian 4.0,” ulasnya lagi ketika mengakhiri sidang media semalam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.