7 Julai 2021, 03:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Agoda menyokong usaha vaksinasi kebangsaan melalui kempen Vaxxed To Go.


Kuala Lumpur – Program vaksinasi yang dilakukan secara besar-besaran menjadi tonggak pemulihan bagi kesihatan awam dan ekonomi di Malaysia, serta menjadi perintis kepada Agoda untuk melancarkan kempen Vaxxed To Go bagi menyokong usaha imunisasi di seluruh negara Malaysia.

Agoda dan rakan sinergi perhotelannya memberikan insentif kepada pelancong yang telah mendapat dos vaksin lengkap dengan tawaran percutian dan faedah tambahan.

“Setelah lama menjalani perintah kawalan pergerakan, pastinya ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk melancong semula apabila dibenarkan kelak. Kempen Vaxxed To Go ini dapat memberikan jaminan kepada pelancong untuk melancong dalam keadaan yang lebih terjamin,” kata Cleland Robertson, Pengarah Negara, Malaysia dan Brunei, Agoda di sidang media.

Menerusi kempen ini, Agoda turut berharap dapat menyatupadukan industri pelancongan dan hospitaliti untuk membantu memulihkan kembali ekonomi negara.

Laman portal Agoda.

“Dengan adanya Vaxxed To Go, pihak perhotelan boleh menawarkan diskaun kepada pelanggan yang telah mendapat dos vaksin lengkap apabila pelancongan domestik dibenarkan kelak, berserta dengan faedah istimewa seperti tingkat taraf bilik, atau diskaun makanan dan minuman.

Vaxxed To Go merupakan satu daripada sambungan kepada tawaran istimewa oleh Agoda, yang dilancarkan pada bulan Mei lalu. Sebagai pasaran rintis untuk kempen ini di Malaysia, Agoda mempunyai sasaran untuk melancarkan Vaxxed To Go pada negara lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” tambah beliau.

Kempen ini selaras dengan perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara Malaysia (PPN), yang meletakkan vaksinasi sebagai satu daripada tiga penunjuk nilai ambang utama untuk pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial secara berperingkat.

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang terpantas di dunia dengan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19, iaitu setakat 31 Julai kira-kira 63 peratus telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Tawaran istimewa serta faedah tambahan yang ditawarkan dalam kempen Vaxxed To Go hanya terbuka kepada mereka yang mempunyai bukti vaksinasi lengkap.

Ketika mengakhir ucapan, Cleland berkata, Agoda berharap kempen ini dapat memberikan inspirasi kepada pemain industri untuk memainkan peranan masing-masing dalam membantu Malaysia mencapai imuniti kelompok dengan segera.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.