1 Jun 2021, 15:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Seluruh dunia terpaksa menyesuaikan diri dengan mengatur kembali kehidupan harian masing-masing sejak pandemik COVID-19 berlaku. Peraturan baharu diperkenalkan, undang-undang diselaraskan dan gaya hidup individu kian perubahan. Setiap orang terpaksa menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu dengan memperbaharui gaya hidup, pengurusan perniagaan untuk kekal bertahan pada ketika kemelut ini.

MEDI LIFESTYLE yang sebelum ini dikenali sebagai IEV Holdings Limited, yakni sebuah syarikat rangkaian penyediaan dan penyelesaian kejuruteraan bersepadu untuk menyokong industri minyak dan gas (perniagaan kejuruteraan), terutamanya di Wilayah Asia Pasifik. Pada bulan Oktober 2019, syarikat ini melakukan diversifikasi terhadap sektor kesihatan, penjagaan selepas bersalin dan penjagaan kesejahteraan (perniagaan penjagaan kesihatan).

Pada 25 November 2020, syarikat ini berjaya melepaskan diri sepenuhnya daripada Perniagaan Kejuruteraan dan pada 26 November 2020 bertukar nama kepada Medi Lifestyle Limited untuk mencerminkan fokus utama pada perniagaan penjagaan kesihatan. Syarikat ini bertekad untuk mengenal pasti dan menyusun strategi dan peluang bagi pertumbuhan dalam sektor estetika, kesejahteraan dan kesihatan untuk menjadi satu daripada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik di Asia.

“Pandemik COVID-19 sebenarnya musuh utama yang mempengaruhi ekonomi global yang menyebabkan banyak gangguan dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Tambahan pula, pelaksanaan sekatan pergerakan, perintah berkurung dan penjarakan sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal lalu menghentikan penyebaran virus.

Dato’ Low Koon Poh, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Medi Lifestyle di Malaysia dan Singapura turut terjejas dengan sekatan pergerakan yang berterusan disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19. Walaupun keadaan tidak menentu, kami merasakan bahawa masih wujudnya peluang yang boleh kami terokai. Oleh yang demikian, kami terus berusaha malah sudah mencapai hasil yang membanggakan dan sebagai sebuah syarikat, kami dalam perjalanan untuk menjadi sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang serba lengkap di rantau ini,” jelas Dato’ Low Koon Poh, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Melangkah masuk ke tahun 2021/22, Medi Lifestyle sedang merancangkan sesuatu yang menarik sebagai syarikat penjagaan kesihatan premium, yakni pusat perkhidmatan selepas bersalin yang pertama dilancarkan di Singapura pada suku terakhir tahun 2021. Pusat ini boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa yang berhijrah dari Malaysia ke Singapura dan kini tidak dapat kembali ke negara asal mereka untuk berpantang.

Permintaan untuk perkhidmatan selepas bersalin semakin meningkat susulan ibu bapa semakin mementingkan penjagaan kaedah moden yang disediakan oleh pusat penjagaan ibu dan bayi berbanding dengan penjagaan tradisional. Perubahan ini disebabkan oleh batasan yang wujud akibat COVID-19.

Pandemik yang melanda membolehkan Medi Lifestyle untuk memperoleh premis yang ditutup lalu mengubahnya menjadi pusat perkhidmatan selepas bersalin sehenti untuk menyediakan rawatan lengkap serba profesional untuk ibu dan bayi di Malaysia.

 Nadora, pusat perkhidmatan penjagaan selepas bersalin yang telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2020, menyatukan amalan berpantang tradisional dan penjagaan kontemporari dengan menggabungkan kepakaran pengamal kesihatan dan kesejahteraan untuk mewujudkan program kesihatan yang lengkap bagi para ibu.

Di Malaysia, pusat kedua yang tersedia tidak lama lagi dengan 50 bilik yang dilengkapi dengan ruang asuhan, bilik inkubasi, perkhidmatan kiropraktik dan fisioterapi. Pusat ini disasarkan untuk beroperasi pada suku kedua 2021. Di Singapura pula, kerja-kerja pengubahsuaian untuk pusat penjagaan selepas bersalin yang pertama dijadualkan siap pada suku terakhir 2021.

Medi Lifestyle juga telah bergabung bersama anak syarikat milik Back to Life Sdn. Bhd. untuk menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan perubatan alternatif termasuk perkhidmatan perubatan tradisional Cina, kiropraktik dan fisioterapi.

Perkhidmatan ini terdapat di pusat penjagaan selepas bersalin dan juga pusat individu. Pada masa ini, Medi Lifestyle mempunyai dua pusat penjagaan selepas bersalin di Malaysia dan satu (akan dilancarkan) di Singapura, serta satu pusat kiropraktik dan fisiologi di Malaysia.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.