Diterbitkan pada 4 November 2024, 11:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penularan maklumat palsu berkaitan dengan status bayaran balik cukai menerusi portal MyTax. 

Dalam kenyataan tersebut, HASiL menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang pengumuman berkaitan dengan isu ini dan menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.

Penyebaran maklumat palsu boleh membawa implikasi undang-undang di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, HASiL menyeru orang ramai agar berhati-hati terhadap sebarang e-mel, pautan atau teks yang mencurigakan berkaitan dengan percukaian. 

Untuk sebarang semakan yang sahih, orang ramai disarankan untuk menggunakan portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my, portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my, menghubungi Pusat Panggilan HASiL (HCC) menerusi talian 03-8911 1000 atau berkunjung ke pejabat HASiL yang berdekatan.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi