Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan memperluas pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) secara rintis ke atas perolehan kerja dan perkhidmatan perunding (fizikal).
Pelaksanaan ini selaras dengan pengemukaan TCC bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan yang berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024.
Melalui langkah ini, TCC akan menjadi satu daripada dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan sekali gus memenuhi obligasi dan mematuhi undang-undang percukaian negara.
Tempoh pelaksanaan TCC secara rintis kepada perolehan kerja dan perkhidmatan perunding (fizikal) ini mula dilaksanakan pada 1 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025 melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Sebagai maklumat tambahan, Garis Panduan Operasi Pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) Secara Rintis untuk Permohonan Perolehan Kerajaan bagi Perolehan Kerja dan Perkhidmatan Perunding (fizikal) telah dimuat naik untuk rujukan dan panduan kepada pembayar cukai atau pembida menerusi pautan pantas seperti yang berikut:
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: