Diterbitkan pada 23 Oktober 2024, 23:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa aplikasi MyInvois kini sedia untuk digunakan oleh pembayar cukai bagi melaksanakan e-Invois menggunakan telefon pintar masing-masing.

Aplikasi MyInvois ini disediakan secara percuma oleh HASiL dan boleh dimuat turun daripada semua platform sistem pengoperasian, iaitu App Store (pengguna iOS), Google Play (pengguna Android) dan AppGallery (pengguna Huawei).

Bagi mengakses dan melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois ini, pengguna perlulah melengkapkan proses rakam masuk kali pertama terlebih dahulu menerusi Portal MyInvois.

Aplikasi MyInvois ini turut menyediakan ciri utama, iaitu:

  • Pengurusan Profil bagi Pengguna, Pembayar Cukai (Syarikat/Organisasi), Wakil, Sistem ERP dan Perantara; serta
  • Pengurusan Dokumen merangkumi Pengemukaan, Semakan, Penolakan, Pembatalan dan Cetakan

Bagi memastikan penggunaan aplikasi secara optimum dan lancar, yang berikut ialah keperluan minimum untuk setiap peranti yang digunakan:

  • Pengguna iOS: iOS versi 16.0 dan ke atas;
  • Pengguna Android: Android versi 13 (API 33) dan ke atas;
  • Pengguna Huawei: EMUI versi 8.0 dan ke

Di samping ketersediaan aplikasi MyInvois ini, HASiL juga ingin memaklumkan bahawa fungsi Portal MyInvois telah ditambah baik dengan ciri baharu seperti yang berikut:

  • Keupayaan carian dokumen yang dipertingkatkan mengikut keperluan pengguna;
  • Pengurusan format paparan visual e-Invois yang boleh diubah suai mengikut keperluan pengguna;
  • Fungsi notifikasi yang boleh ditetapkan oleh pengguna bagi sebarang perubahan atau tindakan ke atas dokumen; dan
  • Fungsi simpanan dan salinan dokumen sebagai draf.

Sebagai panduan dan rujukan kepada pembayar cukai, HASiL telah menyediakan Panduan Pengguna yang boleh diakses menerusi Portal MyTax dan Portal MyInvois.

Bagi pembayar cukai yang masih kurang jelas mengenai pelaksanaan e-Invois ini, boleh merujuk saluran tersedia seperti yang berikut:

  • Mikrosite e-Invois yang mempunyai pelbagai bahan informatif mengenai e-Invois seperti Garis Panduan Umum dan Spesifik, Kit Pembangunan Perisian (SDK), FAQ serta semua bahan rujukan utama dan komunikasi berkaitan dengan e-Invois.
  • Portal rasmi HASiL melalui www.hasil.gov.my/e-invois. Pelbagai hebahan infografik, videografik, kenyataan media dan artikel yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa.
  • Akaun media sosial melalui Facebook, X, TikTok dan Instagram.
  • YouTube HASiL yang mempunyai semua video tutorial dan video informatif untuk meningkatkan pemahaman mengenai e-Invois.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan e-Invois, pembayar cukai boleh menghubungi HASiL menerusi:

  1. Meja Bantuan e-Invois HASiL melalui talian 03-8682 8000 (talian 24 jam);
  2. Sembang Langsung MyInvois;
  3. E-mel [email protected] bagi pertanyaan umum e-Invois; dan Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois melalui pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi