Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangManila – Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi optimistik berhubung kerjasama erat yang ditunjukkan Malaysia dan Filipina dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan industri halal selain membawa manfaat besar kepada kedua-dua buah negara.
Menerusi satu hantaran Facebook, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah membicarakan mengenai perkembangan TVET serta potensi industri halal di Filipina bersama-sama pihak pengurusan Technical Education and Skills Development Authority (TESDA) di Manila.
Dalam perbincangan ini, kami sependapat bahawa pendidikan TVET sangat penting untuk memastikan generasi muda serta tenaga kerja sedia ada dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa pasaran kerja.
Ujar beliau,
“Selain melahirkan bakat baharu, TVET juga dapat membantu proses kemahiran semula (reskilling) dan meningkatkan kemahiran (upskilling) tenaga kerja, sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.”
Hal ini membuka peluang kepada Malaysia dan Filipina berkongsi amalan terbaik, memperkukuh piawaian kurikulum dan saling mengiktiraf kelayakan akademik,” ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara.

Beliau juga percaya melalui pertukaran kepakaran dan program latihan bersama akan dapat meningkatkan kemahiran rakyat dan merebut peluang baharu di pasaran global.
Tambah beliau, pertemuan itu juga antara lain turut membincangkan industri halal yang memfokuskan kepada kekuatan Malaysia dalam pensijilan halal di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Saya turut berbesar hati mengetahui bahawa eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat sebanyak 7.4% pada tahun 2023. Filipina kini menjadi destinasi eksport halal Malaysia kelapan terbesar dunia dan keempat terbesar di ASEAN. Hal ini membuktikan bahawa hubungan perdagangan yang kukuh dan permintaan yang tinggi terhadap produk halal di rantau ini,” jelasnya.