Diterbitkan pada 7 Oktober 2024, 14:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuching – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) meneruskan usaha memperkasakan golongan masyarakat yang memerlukan menerusi penganjuran program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak di Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

Dalam program yang bertemakan “Sukan dan Keceriaan”, sumbangan bernilai RM20,000 yang berbentuk peralatan pembelajaran dan barangan keperluan harian seperi bahan bacaan, alat tulis dan tuala bakal dimanfaatkan oleh 90 orang penghuni rumah kebajikan tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh HASiL kepada Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Rokiah.

Selain itu, HASiL turut mengadakan aktiviti pengubahsuaian Bilik Aktiviti Asrama Bayi sebagai usaha meningkatkan tahap keselesaan penghuninya sekali gus mewujudkan persekitaran yang kondusif.

Pengarah HASiL Negeri Sarawak, YBrs. Encik Vijayen Nagalingham dalam ucapan perasmian berkata, beliau berharap agar usaha murni ini akan memberikan impak positif terhadap perkembangan kanak-kanak di rumah kebajikan ini menerusi kemudahan yang lebih baik.

Program kebajikan ini merupakan satu daripada usaha berterusan yang dilaksanakan oleh HASiL bagi mendekati komuniti khususnya golongan yang memerlukan agar tidak berasa tersisih dengan anggota masyarakat yang lain tanpa mengira fahaman agama dan bangsa.

Turut sama memberikan sumbangan dalam program ini ialah Persatuan Eksekutif Hasil (EXEC) Kuching, SRIKANDI, Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) HASiL Kuching serta Persatuan Islam Lembaga Hasil Dalam Negeri Kuching Sarawak (HADANI).

Pelaksanaan program ini akan melestarikan tanggungjawab sosial korporat HASiL ke arah mewujudkan masyarakat yang prihatin demi keharmonian bangsa dan negara MADANI.

Yang turut hadir dalam majlis perasmian ialah Ketua Bahagian Pemulihan dan Perundangan selaku wakil JKMN Sarawak, YBrs. Encik Mohd Ali Taib; Pengetua Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, YBrs. Encik Mohamad Iskandar Mohammed Tudin; serta barisan pengurusan kanan HASiL.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi:

  1. Pusat Hubungan HASiL (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara);
  2. Sembang langsung HASiL; dan
  3. Borang maklum balas dalam portal rasmi HASiL melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi