Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) melaksanakan Operasi Pematuhan Khas “Ops Pantai Timur” yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Ogos 2024 hingga hari ini.
Operasi yang diadakan di negeri Terengganu dan Kelantan merupakan usaha HASiL bagi mengurangkan ketirisan hasil dan memperluas asas cukai negara.

Antara fokus utama dalam operasi ini termasuklah pelaksanaan aktiviti audit bersepadu dan pemantauan ke atas pembayar cukai berdasarkan industri melibatkan kontraktor pembinaan dan kontraktor am, penyelenggaraan jentera, percetakan, kedai emas, pakaian, produk kecantikan dan kesihatan, kedai runcit serta pembalakan dan perkakasan.
Sebanyak 836 kes di Terengganu dan 86 kes di Kelantan telah berjaya dilawati menerusi operasi pematuhan ini meliputi pembayar cukai syarikat, selain syarikat dan majikan.
Pelaksanaan operasi ini diharap dapat mencapai objektif dalam memupuk kesedaran tentang tanggungjawab membayar cukai dengan telus sekali gus meningkatkan kutipan cukai demi kelestarian ekosistem percukaian negara.
Majlis perasmian operasi ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wan Ramiza Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan turut disertai oleh barisan pengurusan kanan HASiL.

Operasi yang dijalankan ini melibatkan seramai 155 orang pegawai HASiL dari pelbagai seksyen di kedua-dua buah negeri serta turut dibantu oleh pegawai audit dari HASiL Pahang.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: