Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) memaklumkan bahawa operasi Kaunter Perkhidmatan Percukaian di Menara HASiL Johor Bahru dibuka pada skala yang terhad berikutan kerja naik taraf bangunan tersebut sedang dijalankan sehingga 31 Ogos 2024.
Kerja naik taraf tersebut menyebabkan ruangan bagi urusan percukaian tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai dan akan menyebabkan ketidakselesaan selain mengambil kira aspek keselamatan semua pihak.
Sebagai alternatif, pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Janji Temu menerusi portal HASiL atau menggunakan e-Perkhidmatan yang boleh diakses melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my.
Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk berkunjung ke pejabat HASiL berdekatan seperti UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi.
HASiL sentiasa memberikan keutamaan kepada keselesaan serta keselamatan pekerja dan orang ramai yang berurusan di semua premis dan kaunter perkhidmatan yang disediakan.
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi HASiL menerusi: