Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPetaling Jaya – Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) menganjurkan Seminar e-Invois Bersepadu bagi tujuan mempromosikan pelaksanaan e-Invois serta memastikan aspirasi kerajaan ke arah pendigitalan pentadbiran cukai dapat direalisasikan di Menara HASiL Petaling Jaya, semalam.
Seminar kolaboratif anjuran bersama HASiL Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Cawangan Pembayar Cukai Besar disambut meriah dengan penyertaan kira-kira 400 wakil syarikat yang terdiri daripada syarikat yang mempunyai pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta di sekitar Lembah Klang.

Penganjuran seminar ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada kumpulan sasar bagi mendapatkan maklum balas secara terus daripada HASiL dalam memastikan pelaksanaan e-Invois ini mencapai objektifnya sekali gus memacu pertumbuhan sosioekonomi negara.
Antara lain program ini merupakan satu daripada aktiviti pendidikan dan libat urus oleh HASiL dalam menjayakan pelaksanaan e-Invois fasa pertama yang akan bermula pada 1 Ogos 2024 nanti.
Yang turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Encik Shaharrudy Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), barisan panel jemputan Project Management Consultant Ernst & Young yang terdiri daripada Encik Yeap Bee Aik, Encik Adrian Lim dan Encik Chua Meng Hui. Sesi Taklimat e-Invois disampaikan oleh YBrs. Dr. Rasyidah Che Rosli, Pengarah Seksyen Bahagian e-Invois.
Sebagai rujukan kepada pembayar cukai, Garis Panduan Umum e-Invois (Versi 3.0) dan Garis Panduan Spesifik e-Invois (Versi 2.2) telah dimuat naik di portal rasmi HASiL menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/e-invois.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pelaksanaan e-Invois dan Portal MyInvois boleh disalurkan melalui: